Pelajar-pelajar UUM menang besar di Karnival ICT Kedah 2007
ALOR STAR (Ahad, 10 JUN 2007): Dua kumpulan pelajar-pelajar dari UUM, antara lain diraikan dalam semasa majlis penutup Karnival ICT Kedah 2007 yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Star, Kedah.
Upacara penutupan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah sendiri, Dato Seri Mahdzir Khalid, bermula pada jam 4 petang dan dihadiri oleh ratusan pengunjung-pengunjung dari seluruh negeri Kedah serta ramai lagi "rakan-rakan" dari negeri jiran seperti Perlis dan Pulau Pinang (termasuk penulis).
Antara tetamu-tetamu kehormat lain yang hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MIMOS, Dato' Abdul Wahab Abdullah (yang juga mewakili/menyampaikan salam dari Menteri Sains dan Inovasi, Dato Seri Dr Jamaludin Jarjis), Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Dato Badlisham Ghazali. Kedua-dua wakil utama dari MIMOS dan MDEC menyampaikan ucapan dengan antara lain, menjanjikan komitmen yang berterusan untuk menyokong usaha kerajaan negeri kedah dalam memesatkan kemajuan ICT di kalangan rakyatnya, sesuai dengan tema karnival ICT tahun ini: "(IT's here) Broadband in Every Home"*, dan untuk mencapai aspirasi Kedah Maju 2010 kerajaan negeri.
-- Copyrights Berita Sintok.com, 2007



No comments:
Post a Comment