fa

Sunday, 7 August 2011

utem

 UMS-UTEM Tingkat Kerjasama ICT
 
 
KOTA KINABALU 1 Feb. - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan meningkatkan kerjasama pembangunan teknologi, komunikasi dan maklumat OCT) berkaitan sistem maklumat pelajar. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon berkata, kerjasama kedua-dua universiti tersebut dalam pengurusan data pelajar akan bermula daripada peringkat pengambilan
sehingga pelajar terscbut menamatkan pengajian. "Kerjasama ini penting NO mewujudkan sistern penyampaian yang efektif dan efisien. Dengan peningkatan jumlah pelajar setiap tahun, ia menuntut sistem yang Iebih canggih seiring abaran semasa" katanya. Beliau berkata demikian selepas mewakili UMS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama UTeM yang diwakili oleh Naib Canselomya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan di sini hari ini. Kamaruzaman berkata, pihaknya yakin, kerjasama itu dapat membantu UMS menempatkan diri sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi awam terkemuka di negara ini. Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerjasama itu memberi peluang kedua-dua pihak meningkatkan kualiti ststem maklumat sedia ada bagi memastikan ia mampu beroperasi dengan sempurna walaupun dalam keadaan yang lebih kompleks. Katanya, input yang diberikan sepanjang pengoperasian sistem terdahulu amat penting dalam merencanakan tindakan susulan untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat pelajar berkenaan. "Alhamdulillah, segala perancangan, usaha dan strategi yang diatur dalam pelaksanaan sistcm maklumat pclajar ini telah membuahkan hasil di mana sistem ini telah bcrjaya dilaksanakan peringkat demi peringkat; katanya. Beliau berharap hubungan erat antara kedua- dua universiti itu tidak akan terhenti, sebaliknya diperluaskan ke bidang lain.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Chapter 1 shamimi
View more from .
 
 
Copyright © shamimi mohd ibrahim
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates