fa

Sunday, 7 August 2011

upsi

UPSI Terima Lawatan Panel Penilai Anugerah ICT 2010

UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima lawatan penilaian dari pihak
Panel Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT 2010) yang diketuai
oleh Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan EG, Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Puan Parmjit Kaur pada 24 Februari 2011
bertempat di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning.

Kunjungan Pihak Panel AIICT 2010 seramai 20 orang ke UPSI ini adalah hasil dari proses
penilaian pertama terhadap projek yang telah dikemukakan melalui satu pembentangan yang
dinamakan ’SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU UNIVERSITI (SMBU)’ yang diadakan di Bilik
Mesyuarat, MAMPU Cyberjaya, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2,
Cyberjaya pada 22 Februari 2011.

Dalam pertemuan ini, Pengarah ICT, UPSI, Tuan Haji Nazri Md Saad memberi taklimat
mengenai sistem-sistem yang digunapakai oleh semua warga Universiti serta modul-
modul sistem yang terdapat dalam Sistem Maklumat Akademik dan Rekod Pelajar (MySIS),
Sistem Maklumat Kewangan (MyFIS), Sistem Maklumat Pentadbiran dan Sumber Manusia
(MyHRA),Sistem Pembelajaran Elektronik (Myguru2) dan Sistem Portal Komuniti (MyUPSI).

Seterusnya, ahli-ahli panel dibawa ke tapak Pelaksanaan SMBU di Banguan Canselori iaitu di
Bahagian Bendahari, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Akademik untuk penerangan
lanjut dan melihat sendiri bagaimana sistem-sistem tersebut diaplikasikan.

AIICT 2010 adalah pengiktirafan dan anugerah terunggul yang diberikan kepada agensi
Kerajaan yang berjaya menghasilkan inovasi dan kecemerlangan ICT bagi mewujudkan sistem
penyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

Ianya dinilai berdasarkan tiga tahap proses penilaian iaitu Penilaian Jawatankuasa Tapisan
(Pemarkahan dan penyenaraian pendek berdasarkan Laporan Pencalonan), Penilaian Panel
Penilai (Pemarkahan, penyenaraian pendek dan perakuan berdasarkan Laporan Pencalonan,
lawatan tapak dan persembahan organisasi), Perakuan Panel (Perakuan Panel Penilai AIICT
dibawa ke Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)) dan produk
yang dihasilkan mestilah berinovasi, relevan, signifikan, keberkesanan, fungsi/ciri-ciri, kualiti,
pengiktirafan dan wayforward. Kriteria-kriteria ini secara keseluruhan memberi penekanan
kepada keberhasilan atau outcome dan impak sesuatu inovasi dalam bidang ICT.

Hadir sama Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Aminah Ayob, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan
dan Inovasi, Prof Dr Noraini Idris dan Pendaftar, Dato’ Rusley Taib.

No comments:

Post a Comment

Chapter 1 shamimi
View more from .
 
 
Copyright © shamimi mohd ibrahim
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates