Siswa Sana Sini: Perodua cungkil bakat penuntut
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/07/14
PELAJAR PUO meraikan kejayaan menjuarai Cabaran Eko Perodua 2011 kategori pemanduan jarak jauh di Litar MIMC Ayer Keroh, Melaka. Gambar bawah, kereta lumba ciptaan pelajar PUO yang menjuarai kategori kejuruteraan.
POLITEKNIK Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak menjuarai kategori utama Cabaran Eko Perodua 2011 khusus untuk institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu pemanduan jarak jauh di Litar Antarabangsa Sukan Permotoran Melaka (MIMC) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.
Pasukan itu mencipta jarak pemanduan sejauh 24.07 kilometer (km) hanya menggunakan 0.5 liter (setengah liter) petrol Petronas Primax 95 Xtra menewaskan 12 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta lain.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, trofi dan medal.
Tempat kedua dirangkul Universiti Selangor (UNISEL) dengan jarak pemanduan 19.1 km dan ketiga, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi jarak 17.4 km, yang masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000 serta trofi dan medal.
Kategori kejuruteraan pula diungguli Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali gus membawa pulang RM15,000, trofi dan medal.
Naib juara, USM dan ketiga, Universiti Kuala Lumpur-Malaysia Spanish Institute yang masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000 serta trofi dan medal.
Kategori reka bentuk dan penyertaan pula dimenangi Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang membolehkan universiti itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan medal.
Tempat kedua disandang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ketiga UTM yang membolehkannya masing-masing menerima RM3,000 dan RM1,000 serta trofi dan medal.
Cabaran Eko Perodua 2011 dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Majlis penyampaian hadiah kategori pemanduan jarak jauh disempurnakan Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
IPT lain yang menyertai cabaran itu ialah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak; dan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Aminar Rashid berkata, Perodua memperuntukkan sekitar RM1.2 juta setiap tahun sejak tiga tahun lalu sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menjayakan Cabaran Eko Perodua.
"Pertandingan tahun ini agak mencabar kerana setiap pasukan hanya diberikan enjin tiga-silinder 660cc, sistem transmisi dan RM17,500 untuk membina kenderaan lumba masing-masing.
"Setiap pasukan perlu membina sebuah kereta lumba yang boleh bergerak dalam tempoh lama dan selaju mungkin dengan hanya menggunakan setengah liter petrol Petronas Primax 95 Xtra," katanya.

No comments:
Post a Comment