fa

Thursday, 11 August 2011

unisza

Memupuk Modal Insan Celik ICT Melalui KEM ICT 2011

KUALA TERENGGANU - Pada  masa kini, ICT telah menjadi suatu keperluan merentasi pelbagai bidang termasuk dalam urusan pendidikan, perkhidmatan sektor awam, perubatan, penyebaran sumber pengetahuan dan perniagaan.
Sehubungan dengan ini, pengukuhan pendidikan ICT di peringkat sekolah wajar diberi perhatian secara serius dan menyeluruh. Pendekatan ini diambil dalam usaha memastikan tercapainya hasrat kerajaan menuju ke arah Model Ekonomi Baru (MEB) yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi.
Negara kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang dapat membangunkan negara melalui penghasilan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan produk yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kita perlu berusaha untuk melahirkan modal insan yang mampu membentuk industri ICT negara dalam konteks acuan sendiri.
Hal ini ditekankan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Hashim Mohd Zin ketika merasmikan KEM ICT 2011 anjuran Fakulti Informatik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) pada 17 dan 18 Jun 2011.
Kem ini telah diadakan di UniSZA, Kampus Gong Badak selama dua hari satu malam yang disertai oleh 94 orang pelajar dan 46 orang guru mewakili sekolah menengah di pelbagai daerah di negeri Terengganu. Wakil peserta daripada Kelantan dan Pahang juga turut hadir.
Pelbagai program telah diadakan di dalam kem ini seperti taklimat program pengajian ICT yang ditawarkan oleh Fakulti Informatik, UniSZA iaitu program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD).
Di samping itu, terdapat juga Forum Kerjaya & Industri, bengkel Adobe Photoshop dan pembinaan laman web, latihan dalam kumpulan, solat berjemaan dan kuliah maghrib, sesi Warung Teh Tarik, Forum Warung Teh Tarik dan kemuncaknya ialah Pertandingan Membina Laman Web.
``Di negeri Terengganu sendiri, kita sudah membudayakan ICT di peringkat sekolah rendah lagi melalui penggunaan e-book dan aplikasi kelas maya.
Kerajaan Terengganu membekalkan e-book kepada semua murid bermula Darjah 5 untuk tujuan pembelajaran. Jadi, bukanlah rakyat Terengganu sekiranya tidak tahu mengenai IT,’’ ujar beliau.
Tambahnya lagi, pembudayaan inovasi dan pembangunan teknologi serta kandungan berbentuk glokal harus diterapkan lebih awal terutama dalam sistem pendidikan. Pelajar juga perlu mempunyai kesedaran untuk menyumbang kepada negara apabila sudah berjaya seperti mewujudkan yayasan untuk pembangunan modal insan pelapis.
Sementara itu, Pengurus Kanan, Talent, MDeC, Nik Naharudin Mohd Nasir berkata, sejumlah 85,000 peluang pekerjaan dalam bidang ICT negara diperlukan menjelang 2015.
Katanya, pihak MDeC akan menyediakan satu kit informasi ICT lengkap berkaitan peluang kerjaya dan industri ICT kepada semua guru kaunselor sekolah dalam masa terdekat bagi memastikan maklumat ICT yang tepat disampaikan kepada pelajar dan ibubapa.
Sementara itu Dekan Fakulti Informatik, Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman yang merupakan pengerusi KEM ICT 2011 menegaskan yang ICT merupakan satu industri pilihan kepada rakyat Malaysia.
Pelajar digesa untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana ia menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
``Melalui KEM ICT 2011 yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya, kita mengharapkan maklumat yang tepat tentang industri ICT negara dapat disebar dan seterusnya menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang ini,” katanya.
Beliau juga menyuarakan yang ramai ibubapa mendapat gambaran tidak tepat tentang graduan ICT yang menganggur satu ketika dahulu. Senario sekarang sudah berubah di mana peluang pekerjaan ICT sekarang sudah menyeluruh sehinggakan pejabat agama sendiri memerlukan orang ICT untuk membangun atau menyelenggara sistem maklumat dan rangkaian.
Kem ini berakhir dengan pertandingan membina laman web antara sekolah. Pertandingan diadakan setelah para pelajar selesai mengikuti bengkel intensif  Membina Laman Web dan Adobe Photoshop.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Petronas telah muncul menjadi juara diikuti oleh SMK Agama Sheikh Abdul Malek sebagai naib juara dan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu menduduki tempat ketiga.


Brunei urged to enhance study on astronomy

Tuesday, July 19, 2011
BRUNEI, like other Islamic nations, should enhance its knowledge in ilmu falak (astronomy), said an invited speaker from Malaysia during a forum yesterday at Seri Begawan Religious Teachers University College (Kupu SB).

The speaker, Dr Baharuddin Zainal, a lecturer from Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, on the sidelines of the forum spoke with The Brunei Times on astronomy education in the context of science-religion.

"What should be developed in Brunei should be enhancing cooperation with other Islamic countries in further developing astronomy research," said Dr Baharuddin.

He explained that the appropriate Islamic astronomy institutions from various Islamic countries should work together in conducting research on the orbit system.

"Ilmu falak (space knowledge) is what we study about space science in the Islamic point of view and there is a lot to learn from ilmu falak especially in the aspects of natural phenomenon," said Dr Baharuddin.

While explaining to the participants about astronomy, participants had a chance to see how the subject could be studied through a live show of the night sky at the university's parking lot by using a projector, and an observation mechanical device provided by the Surveying Department.

The Malaysian lecturer also pointed out that a setback for astronomy is the negative perception that astronomy is haram (unlawful).

"The first thing is to educate people on the misconceptions of astronomy as there are two factions which would be astrology and ilmu falak," said Dr Baharuddin.

He explained that astrology is what steers away from Islamic research and it is not allowed in Islam as it is haram. Knowledge of the unseen, he added, is known only by Allah (SWT) while ilmu falak would present itself in the context of Islamic science.

Also giving a talk at the forum was Hj Julaihi Hj Lamat from the Astronomy Unit who also explained the study of ilmu falak to interested astronomy enthusiasts.

Present at the forum was the Ministry of Religious Affairs Permanent Secretary Hj Abdul Aziz Orang Kaya Maharaja Lela Hj Mohd Yussof and Kupu SB Assistant Ra'es Dr Hj Norarfan Hj Zainal.

Kupu SB also held a convention yesterday to be a catalyst to expand the interest of the public in joining astronomy activities such as the observation of the moon, sun, night sky, exhibitions and seminars.

Dr Baharuddin stated that the advantages of the exhibition and seminar held at the university would help participants familiarise themselves with the Hijrah calendar, astronomy, knowledge of prayer times and the direction of the qiblat.

The event is also held in collaboration with the Astronomy Unit at the Ministry of Development's Survey Department and the Brunei Astronomy Association.

No comments:

Post a Comment

Chapter 1 shamimi
View more from .
 
 
Copyright © shamimi mohd ibrahim
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates